Mafrom Daging

Ramuan / Bahan

600 gm daging kasar
600 gm kentang
600 gm tepung gandum
4 labu bawang besar 4 biji telur ayam
2 cawan minyak
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong bawang besar berbentuk dadu sebesar 0.5 cm x 0.5 cm. Rebus kentang dan lecek sehingga halus. Gaul tepung gandum bersama daging kisar dan kentang. Masukkan telur, bawang besar, serbuk lada dan garam secukup rasa. Gaul rata-rata. Buatkan seperti bebola. Panaskan minyak dan goreng bebola daging hingga masak. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos cili.