Limpa Pedas Manis

Ramuan / Bahan

600 gm limpa
2.5 cm halia
4 sudu besar serbuk cili kering
4 sudu besar minyak
4 sudu besar kicap 1 sudu teh cuka
4 sudu teh gula
4 labu bawang merah
1 sudu air
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong limpa sebesar 2.5 cm. Gaulkan dengan serbuk cili kering, garam dan gula. Tumbuk halia dan bawang merah. Panaskan minyak dan masukkan limpa. Masukkan air dan masak hingga empuk. Masukkan cuka, kicap, halia dan bawang tumbuk. Kacau hingga masak.