Biskut Kacang Hazel

Ramuan / Bahan

400 gm mentega
210 gm gula aising
480 gm tepung gandum
110 gm kacang hazel (dikisar) 80 gm kacang hazel (untuk hiasan)
½ sudu teh esen vanila
1 biji putih telur

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius dan siapkan dulang pembakar.

Putar mentega dan gula aising hingga kembang, kemudian masukkan putih telur dan putar lagi hingga adunan bergaul mesra.

Masukkan tepung gandum dan kisaran kacang hazel, kemudian gaul mesrakan adunan.

Sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan acuan ke atas dulang pembakar. Taburkan kacang hazel pada atasnya dan bakar selama 15 hingga 20 minit.