Lemak Lembu Goreng Kunyit

Ramuan / Bahan

500 gram Lemak Lembu (yang lembut)
2 biji cabai besar (Merah + hijau)
2 biji bawang besar (dipotong)
daun bawang
daun sup
Kunyit hidup
Garam
Gula
Bahan penambah perisa (Ajinamoto ler) eheheh

Cara-cara

Potong lemak mengikut potongan yang disukai,basuh dan toskan.
potong cabai dan bawang serta daun bawang dan daun sup.
tumbuk kunyit hidup sehingga hancur.
Gaulkan lemak bersama dengan garam,gula dan kunyit hidup.perapkan seketika.
Panaskan minyak,tumiskan lemak sehingga pecah minyak dan naik bau.
selepas 5 minit,masukkan bawang,cabai,daun sup dan daun abwang. sehingga masak.dan hidangkan.