Kuzi Daging Rusa Batang Pinang

Ramuan / Bahan

600 gm daging rusa batang pinang
50 gm serbuk kari daging
1 sudu besar cili kisar
2 tin susu cair
6 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris) 4 sudu besar minyak masak
5 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil serbuk kas-kas
2 sudu kecil gula
Sedikit garam

Cara-cara

Gaulkan rempah kari bersama cili kisar. Tumis bahan yang telah dihiris hingga naik bau.

Masukkan rempah dan tumis hingga sebati, kemudian masukkan daging dan susu cair.

Biar hingga mendidih, masukkan garam, gula, asam jawa dan kas-kas. Biar hingga kuah menjadi pekat.