Kuzi Daging

Ramuan / Bahan

5 sudu besar minyak masak
600 gm daging (dipotong sederhana besar)
125 ml susu cair
125 ml sos tomato
Sedikit garam dan gula pasir Bahan-bahan dikisar halus:
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
4 cm halia
15 biji lada hitam
4-5 bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji pelaga
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit lengkuas

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan dikisar halus hingga ia terbit minyak. Masukkan daging bersama susu cair, sos tomato, garam dan gula. Masak hingga daging empuk, dan kuah pekat sambil dikacau sekali-sekala. Angkat.