Kurma Jawi Pekan

Ramuan / Bahan

600 gm daging lembu atau daging kambing
150 gm kentang
2.5 cm halia
4 sudu besar ketumbar
2 sudu besar minyak ayau minyak sapi
1 sudu teh jintan putih
½ sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh kaskas 6 cawan santan atau susu segar
4 biji buah pelaga
1 biji limau nipis
4 kuntum bunga cengkih
4 labu bawang besar
6 labu bawang merah
6 labu bawang putih
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging 5 cm persegi dan setebal 1 cm. Bersih dan toskan. Tumbuk atau mesin ketumbar, jintan putih, bunga cengkih, bawang merah, bawang putih, kaskas dan halia. Belah bawang besar dan kentang kepada empat bahagian. Gaulkan daging dengan rempah-rempah dan serbuk lada putih. Perap selama 30 minit. Panaskan minyak dan tumis daging. Kacau selalu. Masak sehingga empuk. Masukkan santan atau susu dan perah limau nipis. Masukkan buah pelaga dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.