Aneka Selera

Ramuan / Bahan

300 gm kentang
2 ulas bawang putih
½ sudu teh garam
1 sudu besar dadih
3 sudu besar mayonis 2 sudu besar mentega
1 biji cili merah (dibuang biji dan dicincang halus)
Tomato secukupnya (dihiris nipis membulat)
Batang saderi secukupnya (dihiris 4 cm panjang)

Cara-cara

Rebus kentang hingga empuk. Kemudian lecek lumat. Tumbuk bawang putih bersama garam hingga ia lumat. Gaul kentang bersama bawang putih, dadih, mayonis, mentega dan cili merah di dalam mangkuk hingga ia sebati. Paipkan sedikit adunan di atas kepingan tomato dan batang saderi. Buat hingga habis adunan.