Kurma Daging

Ramuan / Bahan

1 kg daging kambing (dibersihkan & dipotong dadu sebesar 5 cm )
185-250 g minyak sapi
90 gm bawang besar (dihiris)
15 gm bawang putih (dihiris )
45 gm ketumbar (direndang & ditumbuk)
1 camca jintan putih (direndang & ditumbuk)
1 camca adas
3 camca lada sulah
½ biji kelapa (dibuang kulitnya & diparut, direndang & digiling)
900 ml santan cair
Garam secukup rasa 500 gm ubi kentang kecil (dikupas kulitnya & dibiarkan sebiji)
4 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 camca halpa
3 batang (tiap-tiap satu 2 inci/5cm panjangnya ) kulit kayu manis
150 ml susu sejat cair
150 ml air asam jawa
1 batang serai (dititik)
½ biji limau parut
600 ml pati santan

Bahan Giling :
4 biji buah keras
5 cm halia
5 cm lengkuas

Cara-cara

Pijarkan minyak sapi & goreng bawang & bawang putih hingga garing.Tumis hingga keluar minyak.Masukkan daging & kacau hingga rata. Kecilkan api. & masak dengan bertutup selama 5-8 minit. Masukkan bahan tumbuk,lada sulah & kelapa giling. Apabila kelapa telah kekuning-kuningan & sedikit sahaja air yang tertinggal. masukkan santan cair & garam secukup rasa. Teruskan memasak hingga dagingnya separuh empuk. Masukkan kentang & semua rempah kering. Biarkan hingga mendidih, kemudian masukkan bahan selebihnya kecuali pati santan. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan hingga daging & kentang empuk. Masukkan pati santan,kacau & bubuh serbuk perasanya. Masak hingga kuahnya menjadi sangat pekat. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.