Kuffta Masala Kari

Ramuan / Bahan

½ kg daging (pls kisar sendiri)
1 tangkai daun ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 biji lada merah
sedikit garam dan serbuk perasa
2cm halia
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu rempah masala
2 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih cincang
2 biji buah temato (Dibelah empat)
1 inci halia kisar
1 sudu lada kisar
2 biji bawang besar (belah empat)
Minyak untuk menumis
¼ tin susu sejat

Cara-cara

hiris halus daun ketumbar, jintan putih lada merah, halia dan garam di tumbuk lumat,gaulkan dengan daging kisar, bulat-bulatkan kecil dan goreng hingga keperangan (ketepikan sebentar). Tumis bawang,bawang putih dan halia kisar, masukkan rempah kari daging dan rempah masala masukkan susu sejat bila mendidih masukkan garam dan bebola daging tadi masak lebih kurang 15-20 minit. akhir sekali masukkan temato dan bawang yg di belah. biar sebentar dan angkat