Kerutup Daging

Ramuan / Bahan

1 kg daging lembu(dihiris nipis)
100 gm rempah kerutup
50 gm jintan manis
50 gm jintan putih
50 gm ketumbar
10 biji badam(dikisar)
1 ½ biji santan kelapa
100 gm cili boh 2 labu bawang besar(dihiris)
5 ulas bawang putih(dihiris)
1 inci halia(dihiris)
3 biji buah tomato(dibelah enam)
3 batang daun ketumbar(dipotong dua cm)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang besar dan halia.

Tumis hingga kekuningan. Masukkan cili boh dan tumis lagi sehingga naik minyak.

Curahkan rempah-rempah dan tumis lagi hingga garing.

Masukkan daging dan kacau selalu supaya daging tidak melekat. Biar setengah masak.

Curahkan santan dan masak kuah hampir likat. Selepas itu masukkan buah badam, tomato daun ketumbar dan garam secukup rasa.

Perlahankan api dan biarkan kuahnya mereneh sebelum diangkat.