Kerabu Perut Seminit

Ramuan / Bahan

100 gm kacang panjang-dipotong sepanjang 3 cm
200 gm tauge
500 gm perut lembu
½ biji kelapa-buat kerisik
3 batang serai
2 sudu besar udang kering 10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
20 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 biji limau nipis

Cara-cara

Perut lembu dibersihkan, direbus dan dipotong memanjang dan kecil-kecil. Tauge dan kacang panjang dicelur. Kelapa diparut dan digoreng untuk dijadikan kerisik. Bawang putih dan merah, serai, udang kering dan cili padi ditumbuk hingga halus. Campurkan semua bahan yang telah ditumbuk dengan kerisik. Kemudian tambahkan perut lembu, kacang panjang dan tauge. Kemudian perahkan limau nipis, tambahkan garam dan gula, gaul hingga kesemua bahan sama rata. Kemudian taburkan bawang besar dan cili merah hiris diatasnya.