Kerabu Perut Dengan Tomato

Ramuan / Bahan

3 Biji Tomato
RM 3.00 perut
3 Batang Serai
5 Biji Cili Api
3 Ulas Bawang Kecil
Jus Limau Nipis
Garam & Gula Secukup rasa

Cara-cara

Perut di rebus terlebih dahulu dan di potong nipis.
Potong tomato mengikut citarasa sendiri. Serai dihiris halus-halus. Bawang kecil dipotong menegak.
Cili api di racik halus.
Gaul kesemua bahan dan kacau sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa.