Kerabu Daging Salai Udang

Ramuan / Bahan

350 gm daging salai (dipotong jejari)
50 gm kacang tanah (disangai)
200 gm udang saiz sederhana (dicelur)
100 gm lobak merah (dihiris halus)
1 labu bawang besar (dimayang halus)
30 gm daun bawang (dimayang)
20 gm daun ketumbar (dicincang halus)
1 tangkai cili merah (dicincang halus) 2 biji limau nipis (diperah airnya)
1 sudu besar gula
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
5 gm daun pudina (dicincang halus)
5 gm lada hitam (disangai & ditumbuk halus)

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang besar & bawang putih sehingga naik aroma. Masukkan lobak merah, daging salai & udang, biarkan seketika. Kemudian masukkan daun bawang, daun ketumbar, cili merah & cili hijau. kacau kesemua bahan sehingga sebati & masukkan daun pudina. Masukkan air perahan limau nupis. Masukkan gula & garam secukup rasa. Masukkan lada hitam, gaul hingga sebati, taburkan kacang tanah di atasnya. Angkat & hidangkan.