Kelio Perut Ser... Ser

Ramuan / Bahan

1 kg perut lembu
2 biji kelapa-ambil santan pekat
20 tangkai cili merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia 2 cm kunyit hidup
1/3 sudu kecil serbuk buah pala
2 helai daun kunyit
3 cm lengkuas-dititik
2 batang serai
2 helai daun limau purut

Cara-cara

Perut lembu dibersihkan dan dipotong sepanjang 5 cm kemudian direbus dan ditoskan. Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup hingga halus. Masukkan santan pekat ke dalam periuk dan campurkan bahan-bahan yang telah dikisar halus dan serbuk buah pala. Kemudian tambahkan perut lembu dan daun kunyit, lengkuas, serai serta daun limau purut. Biarkan mendidih dan perasakan dengan garam. Setelah kuahnya pekat sedikit bolehlah diangkat.