Bebola Kambing

Ramuan / Bahan

500 gm daging kambing - dicincang
1 labu bawang besar - dihiris
50 gm daun parsli (boleh diganti dengan daun ketumbar)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah ½ sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan tepung kacang kuda
3 biji limau nipis - ambil jusnya
5 cawan air
2 sudu kecil minyak

Cara-cara

Daging, bawang besar, daun parsli, garam, lada sulah dan serbuk kayu manis digaul sebati. Buatkan bebola, kemudian didihkan 3 cawan air. Rebus selama 10 minit kemudian keluarkan. Campurkan tepung kacang kuda, jus limau nipis, air, garam dan minyak (boleh juga campurkan air rebusan bebola). Kacau hingga rata dan masak dengan api sederhana hingga pekat dan masak. Curahkan di atas bebola tadi, hidangkan panas dan taburkan dengan daun ketumbar.