Bebola Daging dengan Sengkuang

Ramuan / Bahan

300 gm daging (dikisar)
300 gm sengkuang
115 gm tepung jagung
30 gm lada sulah
10 gm halia
3 sudu besar minyak 1 sudu besar kicap
3 gelas air rebusan tulang
3 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang daun saderi
Garam secukup rasa

Cara-cara

Gaul daging dengan lada sulah, garam, kicap dan kepalkan kecil-kecil menjadi bebola. Golekkan bebola daging dalam tepung jagung dan goreng hingga kuning. Ketepikan. Potong sengkuang sebesar 2.5 cm x 0.5 cm. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan tumiskan perencah ini. Masukkan sengkuang dan kacau seketika. Masukkan air rebusan tulang dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Masukkan bebola daging dan kacau rata-rata. Apabila menghidang hias dengan daun saderi.