Ambuyat Cicah Sardin

Ramuan / Bahan

1 bungkus sagu
Air
1 tin sardin (ayam brand)
3 biji limau kasturi
garam
ajinomoto
cili padi

Cara-cara

Bancuh sagu dengan air tapi biar pekat.
Tumbuk isi sardin beserta cili padi. Perahkan limau dan masukkan garam serta ajinomoto secukup rasa. Kemudian tuangkan air panas serta kuah sardin dan kacau.
Gaul sagu yang dibancuh tadi dan tuangkan air yang baru mendidih sehingga menjernih dan pusingan sagu berhenti. Kacau sagu (masak-ambuyat)hingga sebati.
Cungkil atau cedukkan ambuyat dan cicahkan pada isi sardin dan terus telan tanpa dikunyah.