Beafsteak Peas Dan Daging

Ramuan / Bahan

bahan A:
daging (batang pinang) dihiris sederhana nipis (½ kg)
telur ayam 1 biji
tepung jagung 4 sudu besar
lada sulah
gula (2 sudu)
garam secukup rasa

bahan B:
minyak masa
bawang merah, bawang putih & halia (ditumbuk)
bawang besar (dihiris bulat)
cili merah (dihiris serong)
kacang peas hijau (1 tin kecil)
tomato 2 biji di belah 4
ubi kentang 2 biji di belah 6
kicap manis dan sos cili secukup rasa
air setengah cawan (lebihkan air sekiranya anda suka ianya berkuah)

Cara-cara

perap bahan A selama 1/2 jam
selepas itu gorengkan bahan A sehingga sederhana masak diangkat dan ditos.
gorengkan ubi kentang sehingga empuk, diangkat dan ditos.
tumiskan bawang dan halia yang ditumbuk dalam minyak yang sama (kurangkan minyak kepada anggaran 3 sudu).
setelah bahan menumis sederhana garing, masukkan kicap dan sos cili secukup rasa dan tambahkan air mengikut banyak kuah yg anda inginkan.
masukkan bahan A dan biarkan ianya mendidih.
masukkan ubi kentang yg telah digoreng bersama kacang peas (termasuk airnya)biarkan mendidih sekali lagi.
akhir sekali, masukkan buah tomato, cili hirisan dan bawang besar bersama garam secukup rasa (bahan ini jgn dibiarkan mendidih lama).
hidangkan panas-panas.