Kelio Perut

Ramuan / Bahan

1 kg perut lembu
2 biji kelapa(ambil santan pekat)
20 tangkai cili merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia 2 cm kunyit hidup
1/3 sudu kecil serbuk buah pala
2 helai daun kunyit
3 cm lengkuas(dititik)
2 batang serai
2 helai daun limau purut

Cara-cara

Perut lembu dibersihkan & dipotong sepanjang 5 cm, direbus & ditoskan. Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih, halia & kunyit hidup hingga halus. Masukkan santan pekat ke dalam periuk & campurkan bahan-bahan yang telah dikisar halus & serbuk buah pala. Kemudian tambahkan perut lembu & daun kunyit, lengkuas, serai serta daun limau purut. Biarkan mendidih & perasakan dengan garam. Setelah kuahnya pekat sedikit bolehlah diangkat.