Kebab Daging

Ramuan / Bahan

Bahan (A):
500 gm daging kisar
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam
2 sm halia Garam secukup rasa
Beberapa helai daun selada

Bahan (B):
2 biji telur rebus (dibelah)
2 sudu masak minyak masak
1 biji telur

Cara-cara

Satukan bahan (A) hingga menjadi doh yang lembut. Canaikan doh ini dan masukkan telur rebus ke dalamnya dan gulungkan. Sapukan telur pada doh hingga rata supaya doh ini tidak berderai. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng hingga masak. Hiaskan dengan daun selada.