Kari Kambing

Ramuan / Bahan

1 kg bahu kambing uang bertulang
(dipotong dadu sebesar 2.5 cm.
125 g minyak sapi
1 kuntung bunga lawang
1 camca adas
1 camca kakas
5 cm kayu manis
20 ulas bawang merah (dihiris nipis) 8 ulas bawang putih
2 camca serbuk rempah kari
Sedikit air (digaul menjadi pes)
5 batang lada hijau (digiling)
5 batang lada merah(digiling
2.5 cm kunyit hidup(digiling)
Gram secukup rasa
450 ml pati santan

Cara-cara

Pijarkan minyak sapi dalam sebuah kuali besi & masukkan kesemua rempah kering tadi. Tumiskan sehingga wangi, Kemudian masukkan bawang merah & bawang putih. Kecilkan api & mask sehingga layu. Masukkan rempah kari & kacau rata-rata. Apabila naik baunya, masukkan lada hijau yang telah digiling pes & pes kunyit. Masukkan daging & garam secukup rasa. Goreng sehingga tergaul rata.Masukkan santan & kacau sehingga mendidih. Kecilkan api & biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga dagaing itu empuk. Rasa garamnya & turunkan daripada api.