Kari Daging Masam Manis Berkentang

Ramuan / Bahan

4 biji kentang kecil (dibersihkan)
300 gm daging lembu (dipotong dadu)
Minyak untuk menumis
5 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar tairu
1 sudu besar sudu UHT
Garam secukupnya Bahan-bahan dihiris nipis:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
3 cm halia

Cara-cara

Rebus kentang bersama daging hingga empuk. Simpan air rebusan. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan hiris dan masukkan serbuk kari. Tuang tairu dan susu UHT. Rasa garamnya dan masukkan daging dan kentang bersama air rebusannya. Hidang bersama nasi.