Kari Burma (masakan enak paling cepat dan simple)

Ramuan / Bahan

1 kg daging (dipotong ikut suka)
10 biji cili padi(direbus hingga lembut)
10 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu serbuk kunyit
Minyak
Garam

Cara-cara

1. Kisarkan cili padi, bawang putih dan halia sehingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
3. Masukkan tomato, garam, serbuk kunyit dan daging.
4. Kacau. Bila kering kari siap dimakan.