Kambing Masak Merah

Ramuan / Bahan

1 kg daging kambing, dipotong mengikut suka
2 batang lobak merah, dipotong mengikut suka
1 tin kecil puri tomato
1 tin kacang pis, untuk tabur
2 biji bawang besar, ditumbuk halus dan asingkan
6 biji tomato, dipotong bulat
1 tin susu cair
1 tin kecil minyak sapi
Garam secukupnya
Daun sup Bahan-bahan digiling lumat:
1 camca sedang ketumbar
1 camca teh jintan putih
10 tangkai cili merah

Bahan-bahan tumis:
Cengkih
Pelaga
Kulit kayu manis

Bahan-bahan perap, digiling:
1 labu bawang putih
3 sm halia

Cara-cara

Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tumis, jintan, ketumbar, bawang besar, cili merah, puri tomato serta daging yang diperap bersama bahan-bahan perap. Masak hingga daging empuk. Masukkan lobak merah, susu cair, tomato dan garam. Kacau hingga rata. Apabila masak taburkan daun sup dan kacang pis.