Keropok Lekor Perantau

Ramuan / Bahan

Sekilo ikan tamban (jika tiada ikan sardin pun boleh)
2 cawan tepung jagung buat 1 cawan 1 cawan(sebaiknya tepung ubi)






Garam sesedap rasa
Air utk merebus

Cara-cara

Buangkan tulang dan kepala ikan, cuci bersih - dikisar tanpa air tambahan.
Masukkan 1 cawan tepung dan garam secukup rasa.Gaul rata semuanya.

Taburkan sedikit tepung di atas dulang/apa2 sahaja yang rata.Ambil segengam isi ikan yang telah dicampur semua bahan tadi..dibulat-bulatkan di atas talam, bentukkan memanjang (lonjong). (Ulang semula taburkan tepung,setiap kali nak bulatkan isi ikan di atas talam, tujuannya supaya isi ikan tidak melekat ditalam atau ditangan)Kemudian rebuskan kedalam air. Tunggu hingganya ianya timbul (biar lama sikit pun ok,supaya isi ikan masak keseluruhannya).Angkat dan toskan.Masukkan seketika di dalam peti ais.Goreng lama sikit dan makan panas-panas lebih sedap.