Kambing Masak Kering

Ramuan / Bahan

Kambing
Bawang besar
Serai
Daun kari
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Pelaga
Serbuk cili
garam
Bahan kisar:
50gm lengkuas
50gm serai
Bahan tumbuk:
50gm bawang kecil
65gm halia tua
65gm bawang putih
3 biji buah keras
sedikit kas-kas

Cara-cara

Tumbuk bawang putih bersama halia.kemudian masukkan daging kedalam kuali yang air mendidih bersama sedikit bahan tumbuk tadi.Setelah empuk ketepikan.Kemudian tumis bawang merah,bunga lawang,bunga cengkih,pelaga,daun kari dan serai hingga naik bau.Kemudian masukan bawang kecil yang telah ditumbu bersama baki bawang putih dan halia.Setelah naik bau masukkan daging kemudian kacau selama 5 minit.Kemudian masukkan serbuk cili,bahan kisar dan buah keras dan kas-kas yang telah ditumbuk.Masukkan garam.Mestilah dikacau selalu sampai kering.Ambil selepas agak kering..