Kambing Masak Cara Di Mesir

Ramuan / Bahan

500 gm daging kambing (dicuci & dipotong empat)
125 gm minyak sapi
600 ml air
2 jintan manis (direndam & digiling)
2 camca lada sulah 1 cawan bawang goreng
1 camca gula
½ botol sos tomato
½ tin kecil susu sejat cair
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk :
6 ulas bawang putih
2 batang lada hijau (jika suka)
2.5 cm halia
½ camca serbuk kunyit
2 camca garam

Cara-cara

Perasakan daging dengan bahan-bahan tumbuk & perapkan selama 30 minit.Pijarkan minyak sapi atas api yang besar & gorengkan daging hingga garing seluruhnya. Kecilkan api. Campurkan air & didihkan perlahan-lahan selama 20 minit. Masukkan jintan manis. lada sulah,bawang goreng,gula & tomato.Masak hingga kuah menjadi pekat & daging lembut. Masukkan susu & suaikan perasanya. Masak hingga daging empuk & turunkan periuk dari atas api.Hidangkan panas-panas dengan nasi putih,sayur-sayuran & acar.