Kambing Dalca Pisang Muda

Ramuan / Bahan

1 kg daging kambing (dibersih dan dipotong kiub)
100 gm bawang merah (dimayang halus)
40 gm bawang putih (dimayang)
3 biji cili kering (dipotong panjang seinci)
6 biji pisang muda kapas (dipotong dua)
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu) 200 gm kacang dhal (direndam semalaman)
10 helai daun kari
2 cm halia (dimayang)
2 cm kulit kayu manis
5 sudu besar serbuk kari
1 cawan santan
Garam

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan-bahan dimayang sehinga naik baunya.

Masukkan rempah yang dicampur dengan sedikit air dan biarkan sehingga pecah minyak.

Masuk daging kambing, kacang dhal dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kacang lembut.

Masukkan kentang, pisang muda dan lobak merah dan biarkan empuk dan akhir sekali masukkan buah tomato.

Perlahankan api dan masak sehingga kuah menjadi pekat.