Hati Sumatra

Ramuan / Bahan

600 gm hati
2 cawan makan ketumbar
2 cawan teh jintan putih
2 cawan teh jintan manis
20 biji cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih 2 cm halia
300 gm tomato dibelah dua
5 helai daun limau purut
600 gm kentang
1 biji bawang besar
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Hati dipotong ikut suka hati. Giling cili, ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang merah dan halia sampai halus. Kentang digoreng an bawang besar dimayang. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan digiling. Bila garing masukkan hati dan garam. Akhir sekali masukkan ubi kentang, tomato, daun limau purut dan bawang besar.