Hati Masak Palembang

Ramuan / Bahan

1 kg hati lembu, dihiris nipis
3 batang serai, dititik
10 biji belimbing buluh, dibelah dua
1 cawan minyak masak
2 sm lengkuas, dititik
2 cawan santan pekat
Gula dan garam secukupnya Bahan-bahan digiling lumat:
1 camca teh ketumbar biji
4 ulas bawang putih
1.25 sm kunyit hidup
1 camca teh jintan putih
15 biji bawang merah
20 tangkai cili api

Cara-cara

Gaul hati lembu bersama bahan-bahan giling. Perap setengah jam. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis serai, lengkuas, hati dan santan. Apabila hati empuk, masukkan garam, gula dan belimbing buluh. Kacau hingga sebati. Apabila betul-betul masak baru diangkat.