Kentang Goreng Berlada

Ramuan / Bahan

½ Kentang(dipotong dan digoreng)
50 gram ikan bilis (digoreng)
20 biji cili hijau di kisar(kalau suka pedas tambah lagi)
10 biji bawang merah(di kisar)
1 ulas bawang putih (di kisar)
1 keping asam keping
1 batang serai (diketuk)
garam,gula dan perasa secukup rasa.
sedikit air.

Cara-cara

1. goreng kentang sehingga masak dan toskan
2. ikan bilis di goreng sehingga garing dan toskan.
3. tumis bahan yang yang dikisar tadi sehingga naik bau,masukkan air,serai dan asam keping,garam,gula dan perasa.kemudian masukkan kentang dan ikan bilis yang siap digoreng,kacau dengan api perlahan sehingga semua bahan tadi sebati.
4. sediakan untuk hidangan.