Hati Goreng Lada

Ramuan / Bahan

600 gm hati lembu
4 sudu besar serbuk lada putih
3 sudu besar serbuk rempah
2 sudu besar minyak
1 sudu besar air asam jawa ½ sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
3 labu bawang besar
1 batang daun bawang
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong hati 2.5 cm x 2.5 cm dan setebal 1 cm. Bersih dan toskan. Gaul hati dengan jintan putih, lada putih, kunyit dan rempah. Lereng bawang besar. Potong daun bawang sepanjang 2.5 cm. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan hati lembu bersama ramuan. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan garam. Kacau selalu. Sebelum diangkat tabur dengan daun bawang.