Gulai Siam

Ramuan / Bahan

600 gm daging
20 tangkai cili kering
10 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan 1 biji kelapa
Sedikit terung pipit
3 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
10 biji lada hitam

Cara-cara

Daging dibersih & dipotong kecil-kecil. Kemudian digaul dengan serbuk kunyit & garam. Diperap 10 minit. Serai, lengkuas, cili, bawang merah, bawang putih, lada hitam & belacan digiling sampai halus. Kelapa diambil secawan pati & semangkuk santan cair. Masukkan daging, bahan-bahan yang digiling & santan cair ke dalam periuk & jerang di atas api. Bila daging empuk, masukkan terung pipit, daun limau purut, cili hijau & pati santan. Bila terung empuk rasa garamnya, baru diangkat.