Gulai Daging Lada Hitam

Ramuan / Bahan

400 gm daging batang pinang
20 biji lada hitam (ditumbuk)
16 biji cili merah (dikisar)
7 ulas bawang putih (dimayang)
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili 3 batang serai (diketuk)
Sedikit gula
Garam secukup rasa
250 ml air asam jawa
125 ml minyak

Cara-cara

Daging dihiris nipis. Bersihkan & toskan. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan lada hitam, cili merah, sos tiram, sos cili, serai, garam, gula & asam jawa. Apabila naik baunya, masukkan daging serta sedikit air. Masak sehingga daging empuk & kering kuahnya