Gulai Daging Kicap

Ramuan / Bahan

1 kilo daging lembu/kerbau
1 cawan kicap lemak manis
1 sudu asam jawa (diambil jusnya)
1 cawan air
5 biji lada besar dipotong sebagai hiasan
2 cawan santan dari sebiji kelapa
Bahan Kisar:
10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
1 cm lengkuas
1 cm halia
Bahan Tumis
3 sudu minyak masak
5 sudu cili boh/lada kering kisar
sekuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih.

Cara-cara

Daging dipotong sesuka hati & diperap dengan kicap selama 30 minit. Tumis bahan tumis dan bahan2 kisar. Masukkan daging yang diperap dan air, biarkan ia empuk. Setelah daging benar2 empuk masukkan santan biarkan mendidih. Akhir sekali masukkan lada besar yang dipotong sebagai hiasan.