Dendeng Ragi

Ramuan / Bahan

500 gm daging lembu tak berlemak (dipotong kecil-kecil & tipis)
250 gm kelapa parut
3 camca ketumbar giling
2-3 camca jintan putih giling
3 labu besar bawang besar (dicingcang halus)
4 ulas bawang putih (dititik)
½ cawan lada giling-jika suka 2 helai daun kunyit (dimayang)
1 camca gula merah
Air dari biji limau nipis
Garam secukup rasa
3-4 camca minyak masak
½ cawan air panas
bawang merah goreng

Cara-cara

Gaulkan semua bahan kecuali minyak, air & bawang merah goreng. Gaulkan rata-rata & ketepikan selama 1-2 jam.Pijar minyak atas api yang sederhana.
masukkan campuran yang telah diperap tadi & tumiskan hingga kelapanya garing.Kecilkan api & masukkan air. Masak dengan kemudian masukkan ke dalam botol. Hidangkan sebagai sajian tambahan pada sebarang hidangan utama.