Dendeng Lambuk

Ramuan / Bahan

½ kg daging
3 labu bawang besar (dihiris bulat-bulat)
5 kuntum bunga cengkih
½ camca besar lada hitam 1 cawan air asam jawa
10 biji cili merah(ditumbuk pecah-pecah)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Daging dipotonfg nipis, diketuk supaya lembut kemudian rendam daging dengan air asam jawa serta sedikit gula selam lebih kurang 1/2 jam. Panaskan minyak dan goreng daging tadi sehingga setengah masak dan angkat. Kurangkan minyak menggoreng daging tadi dan setelah itu tumiskan cili, bawang besar, lada hitam dan bunga cengkih hingga naik baunya. Masukkan semula daging tadi dan biarkan selama 3 minit. Selepas itu bolehlah dihidangkan.