Dendeng Lambok

Ramuan / Bahan

1 kati daging
3 biji bawang besar (dihiris bulat)
5 kuntum bunga cengkih
½ sudu lada hitam 1 cawan air asam jawa
10 biji cili merah(ditumbuk pecah-pecah)
Garam secukupnya

Cara-cara

Daging dipotong nipis-nipis dua inci persegi dan diketuk sedikit supaya lembut dan direndam dengan air asam jawa serta sedikit gula lebih kurang 1/2 jam. Panaskan minyak, goreng daging tadi hingga masak dan diangkat. Kurangkan minyak menggoreng daging tadi setelah itu tumiskan cili, bawang besar, lada hitam dan bunga cengkih. Biar naik baunya. Setelah baunya naik, baru masukkan semula daging itu. Biarkan kira-kira tiga minit barulah diangkat untuk dihidangkan.