Dendeng Daging

Ramuan / Bahan

1 kg daging batang pinang, dihiris nipis dan lebar

Bahan-bahan digiling halus:
2 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah
1 camca teh jintan manis
½ camca teh ketumbar
1 camca besar gula
½ camca teh garam

Cara-cara

Gaul daging bersama bahan-bahan digiling halus. Perap sejam. Atur daging di atas dulang dan jemur kira-kira sejam. Kemudian digoreng garing.