Dendeng Berlado

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan untuk perap:
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2.5 cm halia
600 gm daging, dihiris nipis
2 cawan minyak masak

Bahan-bahan untuk menumis:
½ cawan minyak masak 2 biji bawang besar, dicincang halus
6 ulas bawang putih, dicincang halus
12 biji cili merah, ditumbuk halus
2 camca teh gula
Sedikit garam
3 helai daun limau purut
3 camca besar air asam jawa

Cara-cara

Tumbuk halus bawang besar, bawang putih dan halia. Gaulkan dengan daging dan perap sejam. Panaskan minyak, goreng daging sampai garing. Angkat dan sejatkan. Panaskan minyak di dalam kuali berasingan. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili, gula, garam, daun limau purut dan air asam jawa. Kacau dan biarkan tumisan terbit minyak dan garing. Masukkan daging goreng, gaul rata dan masak menggunakan api kecil (mengelakkan tumisan hangus). Setelah mesra, angkat dan bolehlah dihidang.