Dalcha

Ramuan / Bahan

1kg rusuk kambing/lembu
4 sudu makan paste halia+bawang putih
250g dhall moong (jenis leper)
2 biji bawang besar
5 tangkai daun kari
½ tin susu cair carnation
1 tin sederhana tomato puree
250g rempah dalcha
50g serbuk jintan manis
1 cawan minyak asam jawa sebesar bola tennis
diramas dgn 2 mangkuk air
kayu manis, cengkih, pelaga + bunga lawang
5 biji kentang
3 biji carrot
3 biji terung
3 biji tomato
3 batang lada hijau dan 3 batang lada merah yang dibelah 2

Cara-cara

Cuci rusuk dan masukkan kedalam periuk dengan 3 litre air. tambahkan garam, paste halia, 1 biji bawang besar yang dihiris, 3 batang daun kari, tomato puree dan susu cair. Rebus hingga 1/2 empuk.
Masukkan kacang dhall dan rebus hingga dhall empuk (tapi tak pecah)
Masukkan kentang dan carrot
Bila kentang dan carrot dah 3/4 empuk masukkan jintan dan rempah dan terung.
Tutup periuk dan jaga api agar tidak hangus. Bila wap dah keluar menandakan rempah dah masak barulah buka periuk dan masukkan air asam, buah tomato dan cili. Bila mendidih lagi, matikan api.
Di kuali panaskan 1 cawan minyak dan tumiskan kayu manis dll dan 1 bawang besar yang dihiris. setelah bawang keemasan masukkan daun kari. Seterusnya tuangkan ke dalam kuah dalcha