Dalca Kambing

Ramuan / Bahan

400 gm daging kambing
1 batang lobak merah
ΒΌ biji labu manis
2 biji terung
2 biji kentang
2 sudu teh tomato puri
4 sudu besar rempah kari daging 4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1/3 cawan minyak sapi
1 batang daun ketumbar (dikerat 1 cm)

Cara-cara

Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan putih serta halia, tumis hingga garing. Kemudian masukkan rempah dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan daging kambing dan air secukupnya untuk merebus. Rebus hingga daging empuk. Masukkan garam, lobak merah, kentang. Bila setengah masak masukkan lada, terung, labu manis, tomato puri. Bila sudah masak masukkan daun ketumbar dan kecilkan api.