Daging Telur Lenggang

Ramuan / Bahan

600 gm daging (dikisar)
300 gm kentang
1 tin kacang panggang tomato
4 biji telur
2 biji tomato
1 biji timun
1 batang daun saderi 1 batang daun bawang
4 sudu besar minyak
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada
Garam secukup rasa

Cara-cara

Lereng kentang bulat-bulat setebal 1 cm. Potong timun secara melereng. Belah empat tomato. Bersihkan daun salad. Potong daun bawang dan daun saderi sepanjang 2 cm. Pukul telur. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali dan dadar telur. Ketepikan. Gaul daging dengan tepung gandum, serbuk lada dan garam. Bentukkan bulat-bulat dan leperkan setebal 1 cm. Goreng daging sehingga masak. Goreng kentang hingga masak. Letakkan telur dadar di dalam pinggan. Hias dengan daun salad, timun dan tomato. Atur daging goreng dan kentang goreng di atas telur dadar. Tuangkan kacang panggang tomato. Sebelum dihidang taburkan daun saderi dan daun bawang.