Dutch Murtabak Maggie

Ramuan / Bahan

1 bungkus maggie kari
2 biji telur ayam gred A
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 biji cili merah (hiris halus)
1 pokok daun sup (hiris halus)
1 pokok daun bawang (hiris halus)
Perencah maggie.


Sedikit Maggi Cukup Rasa
Garam secukupnya
2 sudu besar Minyak masak
Sedikit serbuk kari.
2 cawan air

Cara-cara

Rebuskan maggie dalam air sehingga lembut dan toskan air nye...

Kemudian campurkan bahan2 diatas (kecuali minyak) ke dalam maggie yg sudah ditos tadi.

Gaul sebati.

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.Ratakan minyak pada permukaan kuali..sebaiknya kuali leper.

Goreng seperti telur dadar...ratakan dan balik balikan agar masak keseluruhan.

Angkat dan masukkan dalam pinggan bulat...taraa da siap pun..