Daging Rendang Ubi Benggala

Ramuan / Bahan

600 gm daging elmbu
300 gm ubi benggala (kentang)
1 cawan minyak
2 biji cili hidup
3 labu bawang besar 1 sudu teh serbuk lada sulah
½ sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh air asam limau
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging 2.5 cm persegi. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Potong kentang setebal 1 cm. Lereng bawang besar. Belah empat cili hidup. Goreng kentang hingga layu dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging. Masak hingga empuk. Masukkan bawang besar, lada sulah dan cili hidup. Kacau rata-rata. Sebelum diangkat masukkan air asam limau dan kentang goreng.