Daging Rendang Tauyu

Ramuan / Bahan

600 gm daging lembu
4 sudu besar tauyu atau kicap pekat
1 cawan minyak
1 cawan air 1 sudu teh serbuk lada hitam
2 labu bawang besar
1 batang daun bawang
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging sebesar 2.5 cm x 1 cm. Gaul dengan garam. Potong bawang besar secara lereng. Panaskan minyak dan masukkan daging. Masukkan air sedikit-sedikit. Masak hingga daging empuk. Masukkan bawang besar dan serbuk lada hitam. Masukkan kicap dan kacau rata-rata. Semasa menghidang taburkan daun bawang yang dipotong sepanjang 2 cm.