Daging Rendang Puteri

Ramuan / Bahan

1 kg daging lembu (dipotong nipis dan lebar)
50 gm cili kering (ditumbuk halus)
10 batang serai (ditumbuk halus)
10 gm cili padi (ditumbuk halus)
12 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 cm kunyit hidup (ditumbuk halus) 2 cm halia
2 cm lengkuas
2 helai daun kunyit (dihiris)
2 helai daun limau (dihiris)
1 ½ biji kelapa (½ dibuat kerisik dan selebihnya diambil santannya)
60 gm gula melaka
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bahan-bahan yang ditumbuk halus digaulkan sehingga mesra.

Kemudian diambil sedikit, gaulkan bersama daging yang dipotong nipis lalu diperap seketika.

Panaskan minyak, tumis bahan yang selebihnya sehingga naik aromanya.

Kemudian masukkan daging dan goreng sebentar.

Akhir sekali, masukkan santan bersama daun kunyit, limau dan garam secukup rasa. Jerang di atas dapur sehingga kering. Jangan lupa, sentiasa dikacau.