Daging Rempah Itik

Ramuan / Bahan

600 gm daging lembu
3 sudu besar minyak
3 cawan kemancar santan
2 sudu besar jintan putih
1 cawan pati santan 1 sudu besar air asam jawa
20 biji lada hitam
6 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk atau mesin jintan putih, lada hitam dan bawang putih. Potong daging sebesar 3 cm x 3 cm dan setebal 1 cm. Gaulkan daging dengan ramuan dan masukkan kemancar santan. Ketepikan selama 15 minit. Panaskan minyak di dalam periuk danb tumis bawang merah yang telah dimayang hingga kuning. Masukkan daging bersama ramuan dan garam. Kacau selalu. Masukkan pati santan dan masak hingga daging empuk. Masukkan air asam jawa dan masak hingga kuah pekat.