Daging Rebus Istimewa

Ramuan / Bahan

1 kg daging dipotong sederhana besar
150 gm minyak sapi
1 biji cili Jepun, dihiris
1 tangkai daun saderi, di hiris kasar
1 kg kentang, dipotong memanjang dan digoreng
400 ml santan, daripada sebiji kelapa
10 gm air rebusan daging
1 batang serai, dititik 15 ulas bawang putih, dikisar
2 biji bawang besar, dikisar
2 biji bawang jepun dihiris bulat
4 biji tomato,di hiris bulat
50 gm walnat, dibakar dan dicincang
2 camca sedang serbuk lada putih
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh parutan kulit lemon
Garam secukupnya

Cara-cara

Daging direbus hingga empuk. Panaskan setengah bahagian minyak sapi. Masukkan daging, serai, santan, kulit lemon, bawang kisar, garam, serbuk lada putih dan serbuk kunyit. Masak hinggga mendidih. Kemudian angkat dan ketepikan.
Panaskan sebahagian lagi minyak sapi. Tumis bawang hiris hingga wangi. Masukkan air rebusan daging. Masak hingga naik baunya. Masukkan daun saderi, cili Jepun, tomato dan walnat. Kacau rata. Angkat dan tuang di atas daging.Hias dengan kentang goreng.